Saranan hantar balak melalui laut, sungai

LocalPolitics
2 Mar 2025 • 3:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Syarikat pengusaha dan penghantar kayu balak dari hutan ke kilang disaran mengubah jajaran laluan mereka daripada jalan darat kepada laut dan sungai, berikutan wujud kebimbangan terhadap risiko keselamatan masyarakat terutama pengguna jalan yang semakin serius.

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menyifatkan usul perubahan jajaran dan kaedah pengangkutan itu sebagai solusi jangka masa panjang terhadap isu keselamatan dan kerosakan jalan terutamanya antara Merotai - Kalabakan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kalau boleh kita mahu kedua-dua isu ini diatasi secara tuntas dan kita akan bawa usul (perubahan jajaran laluan dan kaedah pengangkutan) ini ke peringkat Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan,” katanya.

Andi Suryady berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Sesi Libat Urus Pengurusan Jalan Raya Parlimen Kalabakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Tawau pada petang Jumaat. Mesyuarat itu turut dihadiri Pegawai Daerah Kalabakan Murad Abd Rashid, Majlis Perbandaran Tawau, Polis Diraja Malaysia, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Tawau, Pejabat Perhutanan Tawau, Jabatan Kerja Raya Tawau, dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved