Sarawak Information Systems, 8nabler teroka kerjasama teknologi suara AI dalam perkhidmatan awam

LocalTechnology
11 Sep 2026 • 3:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sarawak Information Systems, 8nabler teroka kerjasama teknologi suara AI dalam perkhidmatan awam Image from: Sarawak Information Systems, 8nabler teroka kerjasama teknologi suara AI dalam perkhidmatan awam amree11/09/2026 - 15:10 BUSIAL Seman (tiga dari kiri) dan Benjamin Foong (tiga dari kanan) menunjukkan dokumen MOU dimeterai kedua-dua pihak. Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 11 SeptSarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) dan syarikat teknologi kecerdasan buatan (AI) Malaysia, 8nabler, meneroka penggunaan teknologi suara kecerdasan buatan (AI) dalam perkhidmatan awam bagi menjadikan akses lebih mudah, pantas dan inklusif.

 

Usaha itu direalisasikan melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bagi meneroka luas penggunaan teknologi suara AI dalam perkhidmatan sokongan teknologi komunikasi maklumat (ICT) kepada pelanggan SAINS dan orang awam, termasuk potensi peluasan sistem aplikasi.

 

Kerjasama berkenaan dilihat berpotensi membantu merapatkan jurang digital, khususnya masyarakat luar bandar, golongan yang berdepan kekangan akses internet, orang kurang upaya (OKU) serta mereka yang kurang selesa menggunakan borang atau platform digital berasaskan teks.

 

Teknologi 8nabler sebelum ini diuji menerusi projek bukti konsep (PoC), apabila sistem suara AI berkenaan mengendalikan 4,056 panggilan sokongan ICT daripada penjawat awam dalam tempoh dua bulan secara sendiri tanpa bantuan manusia, selain mengautomasikan 4,702 minit masa panggilan.

 

"Sistem tersebut beroperasi sepanjang masa termasuk hujung minggu dan cuti umum serta mampu memahami permintaan yang mencampurkan Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, sekali gus menunjukkan potensi penggunaannya pada skala lebih besar," katanya dalam kenyataan bersama.

 

Ketua Pegawai Eksekutif SAINS, Busiai Seman berkata, perkhidmatan digital seharusnya memudahkan kehidupan rakyat, dengan teknologi suara AI berpotensi memperluas akses kepada perkhidmatan sambil membolehkan kakitangan memberi tumpuan kepada kes yang memerlukan pertimbangan manusia.

 

Sarawak_DagangNews2026

 

Beliau berkata, SAINS sebagai tulang belakang ICT negeri mempunyai tanggungjawab memastikan perkhidmatan kerajaan bergerak seiring dengan cara orang ramai mendapatkan perkhidmatan, termasuk meneroka model boleh meningkatkan akses kepada yang kurang selesa dengan borang digital.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8nabler, Benjamin Fong berkata, suara kekal sebagai kaedah paling semula jadi bagi seseorang mendapatkan bantuan, namun penggunaan ejen manusia semata-mata sukar dan mahal untuk diskalakan merentasi pelbagai bahasa serta waktu operasi.

 

Menurutnya, cabaran utama adalah memastikan sokongan suara dapat diskalakan merentasi bahasa, loghat dan cara pertuturan berbeza, selain mengekalkan tadbir urus, kebolehkesanan audit serta mekanisme eskalasi kepada manusia apabila diperlukan.

 

8nabler membangunkan infrastruktur suara AI menggabungkan penjanaan pertuturan, model penaakulan dan rangkaian telefon dalam sistem masa nyata, manakala platform Panacea miliknya direka untuk penggunaan AI perbualan suara dan sembang yang selamat dalam persekitaran dikawal selia.

 

Di bawah MoU itu, SAINS dan 8nabler menjalankan fasa skop dan ujian bagi mengenal pasti kes penggunaan merentasi sistem aplikasi serta perkhidmatan, dengan matlamat meneroka perkhidmatan awam digital yang mudah diakses, berskala dan ada kawalan data serta infrastruktur kukuh. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved