GCCC, CIDB Holdings gabung kepakaran perkukuh industri pembinaan dengan AI dan teknologi digital

LocalTechnology
11 Sep 2026 • 12:26 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

GCCC, CIDB Holdings gabung kepakaran perkukuh industri pembinaan dengan AI dan teknologi digital Image from: GCCC, CIDB Holdings gabung kepakaran perkukuh industri pembinaan dengan AI dan teknologi digital liza11/09/2026 - 12:26 Kerjasama tersebut akan memberi penekanan kepada latihan serta peningkatan kemahiran tenaga kerja menerusi peluasan penilaian profesional, pensijilan dan pembangunan kompetensi bagi golongan profesional serta pekerja mahir dalam sektor pembinaan Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 11 Sept – Global Construction Certification Centre (GCCC) dan CIDB Holdings Sdn Bhd (CIDBH) bekerjasama memperkukuh jaminan kualiti, keselamatan, kecekapan profesional serta standard pensijilan dalam industri pembinaan Malaysia dan rantau ini.

 

CIDB Holdings adalah bahagian komersial Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

 


Kerjasama itu akan menggabungkan kepakaran dan keupayaan kedua-dua organisasi dalam membangunkan latihan, pensijilan, penilaian serta penyelesaian jaminan kualiti secara digital.

 

GCCC dalam satu kenyataan memaklumkan kerjasama berkenaan akan memberi tumpuan kepada penyelesaian yang selaras dengan piawaian antarabangsa dan keperluan industri pembinaan yang semakin berkembang.

 

Memperkukuh pensijilan dan jaminan teknikal

Antara bidang utama kerjasama ialah penanda aras global, pengujian produk dan pensijilan bagi memperkukuh jaminan teknikal melalui penggunaan piawaian serta amalan yang selaras dengan standard antarabangsa.

 

Kedua-dua pihak turut akan membangunkan pendekatan pensijilan dan jaminan bagi menyokong pembinaan mampan, termasuk penggunaan bahan binaan mampan, bangunan hijau dan kaedah pembinaan rendah karbon.

 

Selain itu, kerjasama tersebut akan memberi penekanan kepada latihan serta peningkatan kemahiran tenaga kerja menerusi peluasan penilaian profesional, pensijilan dan pembangunan kompetensi bagi golongan profesional serta pekerja mahir dalam sektor pembinaan.

 

Dalam aspek teknologi, GCCC dan CIDBH akan menggalakkan penggunaan penilaian digital, kebolehkesanan, Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM), kecerdasan buatan (AI) serta teknologi baharu bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan di sepanjang rantaian nilai pembinaan.

 

t

 

Pengarah Urusan GCCC, Dr Ahmad Tarmizi Mukhtar berkata kerjasama itu akan menghubungkan keupayaan tempatan dengan keperluan serta jangkaan di peringkat global.

 

“Dengan menghubungkan jaminan teknikal, pensijilan, kompetensi dan penyelesaian digital, kita dapat meningkatkan keyakinan terhadap kualiti pembinaan, memperkukuh keupayaan industri dan meningkatkan daya saing Malaysia serta di luar negara,” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Holdings, Mohd Azizi Ali berkata kerjasama berkenaan menyokong usaha berterusan untuk mengubah ekosistem industri pembinaan Malaysia.

 

Menurut beliau, gabungan kepakaran industri, pembangunan profesional dan teknologi mampu memperkukuh kualiti, produktiviti serta keselamatan, selain membangunkan keupayaan industri yang lebih bersedia menghadapi keperluan masa depan.

 

Bina ekosistem pembinaan lebih berdaya saing

GCCC berkata kerjasama itu mencerminkan komitmen bersama kedua-dua organisasi untuk membangunkan ekosistem pembinaan yang berkualiti tinggi, mempunyai tenaga kerja berkemahiran teknikal, didayakan teknologi digital dan bersedia menghadapi perubahan industri.

 

Pada masa sama, kerjasama tersebut turut membuka peluang kepada kedua-dua organisasi untuk memperluas kerjasama di peringkat rantau serta menggalakkan penggunaan amalan yang selaras dengan piawaian antarabangsa.

 

GCCC merupakan platform berpusat di Malaysia dalam bidang jaminan pembinaan, pensijilan, risikan dan akses pasaran yang menghubungkan bukti teknikal, kompetensi profesional, teknologi digital serta piawaian antarabangsa.

 

CIDB Holdings pula merupakan bahagian komersial CIDB yang menyokong pembangunan industri pembinaan menerusi pembangunan profesional, latihan, penilaian, perundingan dan pelbagai inisiatif komersial berkaitan.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved