Sasbadi raih kontrak RM500,000 daripada KPM untuk ujian kecekapan Bahasa Inggeris

LocalBusiness & Finance
14 Oct 2025 • 11:13 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sasbadi raih kontrak RM500,000 daripada KPM untuk ujian kecekapan Bahasa Inggeris

image is not available

14/10/2025 - 11:13

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 13 Okt – Sasbadi Holdings Berhad meraih kontrak bernilai RM500,000 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi penyediaan perkhidmatan ujian kecekapan Bahasa Inggeris.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Sasbadi berkata, kontrak tersebut adalah di bawah Program Pemantapan Profesional Guru Bahasa Inggeris (PRO-ELT) 2025.

“Kontrak tersebut dianugerahkan kepada anak syarikat, Sasbadi Sdn Bhd melalui surat setuju terima yang ditandatangani pada Isnin.

“Tempoh kontrak berkenaan akan bermula dari 13 Oktober 2025 hingga 12 Oktober 2026.

“Pelaksanaan kontrak dijangka bermula pada suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2026 dan bakal menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan kumpulan,” kata Sasbadi Holdings.

Tambahnya, pelaksanaan kontrak ini sejajar dengan kepakaran SSB dalam bidang pendidikan serta pengajaran bahasa.

Melalui kontrak itu, Sasbadi yang sinonim dengan sektor penerbitan dan pendidikan negara terus memperluas portfolio perniagaannya termasuk dalam bidang penyelesaian pembelajaran digital dan latihan profesional.

Program tersebut adalah antara inisiatif KPM dalam menambahbaik kualiti pendidikan negara melalui peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris selain memartabatkan Bahasa Melayu. - DagangNews.com

standard