“Satu ingatan yang sangat kami hargai ” – Bella Astillah & Syed Saddiq Terima Hadiah Perkahwinan Daripada PMX & Dr Wan Azizah

LocalEntertainment
14 Oct 2026 • 6:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft bella astillah

Mana-mana pasangan pengantin mesti rasa teruja bila dapat ucapan dan hadiah perkahwinan, apatah lagi kalau hadiah tu datang daripada Perdana Menteri Malaysia sendiri!

Baru-baru ini, pelakon popular Bella Astillah ada berkongsi satu momen manis menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

Menerusi video tersebut, Bella dan suaminya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menayangkan hadiah perkahwinan istimewa yang diterima daripada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) bersama isteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ayden ‘Tolong’ Baca Kad Ucapan PMX

Apa yang mencuri tumpuan netizen bukan sahaja beg hadiah berwarna biru itu, tapi gelagat anak sulung Bella, iaitu Ayden yang bersungguh-sungguh membacakan kad ucapan yang disertakan bersama hadiah berkenaan!

Dengan penuh berhati-hati, Ayden membacakan doa dan titipan doa daripada PMX dan Dr. Wan Azizah.

“Bella Astillah, selamat pengantin baru. Semoga mahligai yang dibina sentiasa dilimpahi keberkatan, kasih sayang dan dikurniakan keluarga yang sakinah, mawaddah serta warahmah…”

Lebih mencuit hati lagi, Syed Saddiq sempat menyoal Ayden tentang siapa pemberi hadiah di hujung video dan tanpa berfikir panjang, Ayden terus menjawab dengan pantas, “Prime Minister!”

Menerusi hantaran yang sama, Bella turut meluahkan rasa syukur dan penghargaan atas ingatan tulus daripada pasangan pemimpin negara itu

“Alhamdulillah, terima kasih PMX, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atas pemberian hadiah perkahwinan ini. Satu ingatan yang sangat kami hargai. Semoga segala urusan PMX sentiasa dipermudahkan.”

Untuk rekod, Bella Astillah dan Syed Saddiq telah mengikat tali pernikahan mereka dalam sebuah majlis yang berlangsung meriah pada 10 Oktober lalu.

Sumber : IG Bella Astillah

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved