'Saya sayang awak, selalu dan selamanya' – Ben Amir titip ucapan hari lahir buat Liana Alara, anggap isteri anugerah terbesar dalam hidup

EntertainmentLifestyle
14 Oct 2026 • 4:53 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Saya sayang awak, selalu dan selamanya' – Ben Amir titip ucapan hari lahir buat Liana Alara, anggap isteri anugerah terbesar dalam hidup

UCAPAN hari lahir daripada suami tersayang memang boleh buat hati berbunga-bunga, apatah lagi apabila setiap kata yang dititipkan penuh dengan kasih sayang dan doa untuk masa depan bersama.

Itulah yang dirasai Liana Alara apabila suaminya, Ben, menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahirnya menerusi satu hantaran di media sosial.

Menerusi ucapan penuh romantis tersebut, Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin bukan sahaja menitipkan doa agar isterinya sentiasa dikurniakan kebahagiaan, kesihatan yang baik dan rezeki melimpah, malah turut meluahkan rasa syukur kerana memiliki teman hidup yang begitu bermakna buat dirinya.

Image from: 'Saya sayang awak, selalu dan selamanya' – Ben Amir titip ucapan hari lahir buat Liana Alara, anggap isteri anugerah terbesar dalam hidup

“Selamat hari lahir buat isteriku, teman hidupku dan insan kegemaranku di dunia ini. Kehidupan ialah satu pengembaraan yang indah, tetapi kehadiranmu di sisiku menjadikan semuanya lebih bermakna.

"Semoga ALLAH mengurniakan kebahagiaan tanpa penghujung, kesihatan yang baik, ketenangan dan rezeki dalam setiap perkara yang kamu lakukan,” tulis pelakon drama Sweet Dreams itu lagi.

Ben turut menyifatkan Wanita kesayangannya itu sebagai tempatnya berteduh, sumber ketenangan dan antara anugerah terbesar dalam kehidupannya.

Lebih menyentuh hati, bekas finalis Hero Remaja 2012 tersebut berharap agar mereka terus berkembang bersama, merealisasikan impian serta membina kehidupan yang indah sebagai suami isteri, tanpa mengira ke mana perjalanan hidup membawa mereka.

“Semoga kita terus mencipta lebih banyak pengembaraan, ketawa, kasih sayang dan meniti usia bersama. Saya sayang awak, isteriku. Selalu dan selamanya,” luahnya.

Image from: 'Saya sayang awak, selalu dan selamanya' – Ben Amir titip ucapan hari lahir buat Liana Alara, anggap isteri anugerah terbesar dalam hidup

Ucapan itu nyata menyentuh hati Liana yang tidak dapat menyembunyikan rasa terharu apabila membaca luahan kasih sayang daripada suaminya sendiri.

Membalas hantaran berkenaan, Wanita yang mesra disapa Maiya  mengakui ucapan Ben membuatkan dirinya menitiskan air mata. Pada masa sama, dia turut meluahkan rasa syukur atas kehidupan yang dikurniakan ALLAH kepada mereka.

“Kenapa awak buat saya menangis? Alhamdulillah kerana dikurniakan awak, kita dan kehidupan indah yang ALLAH anugerahkan ini,” tulisnya.

Liana turut menitipkan harapan agar hubungan mereka terus dipenuhi pengalaman baharu, perjalanan yang menyeronokkan, percutian spontan serta kenangan manis yang dapat disimpan sepanjang hayat.

Baginya, Ben bukan sekadar suami, malah insan yang sentiasa menjadi tempat pulang, teman paling istimewa dan doa yang akhirnya dimakbulkan.

Image from: 'Saya sayang awak, selalu dan selamanya' – Ben Amir titip ucapan hari lahir buat Liana Alara, anggap isteri anugerah terbesar dalam hidup

“Semoga ALLAH sentiasa melindungi cinta kita dan memberkati kehidupan yang sedang kita bina bersama. Awak akan sentiasa menjadi insan kegemaran saya, tempat saya pulang dan doa yang dimakbulkan.

"Saya menyayangi awak lebih daripada apa yang mampu diungkapkan dengan kata-kata. Sentiasa awak, dalam setiap kehidupan,” tulisnya.

Untuk rekod, pasangan merpati sejoli itu selamat  bergelar suami isteri pada Disember 2025.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved