“Satu kebetulan yang menyedihkan” – Tular Wanita Risau Tentang Urat Dahi Timbul, PHM Jelaskan Bukan Petanda Ajal

LocalHealth & Fitness
25 Sep 2026 • 4:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

urat timbul dahi petanda ajal

Tular di laman Threads mengenai seorang wanita yang berkongsi kerisauannya mengenai urat yang kelihatan timbul di bahagian dahi.

Hantaran tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen, namun satu komen daripada seorang pengguna ini meraih perhatian ramai apabila dia menulis, ‘biasa timbul urat ni nak meninggal’.

Namun beberapa hari kemudian, wanita itu dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu nahas jalan raya.

Berita terbabit nyata mengejutkan warga Threads yang sebelum ini mengikuti hantaran berkenaan. Kenyataan individu terbabit kembali menjadi perhatian sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Screenshot 2026 09 25 161057

Screenshot 2026 09 25 161231

Urat timbul bukan petanda ajal

Susulan tular kisah tersebut, Public Health Malaysia (PHM) tampil memperjelaskan ia dari sudut perubatan bahawa urat dahi yang timbul bukan petanda seseorang akan meninggal dunia.

Menurut PHM, urat di dahi boleh menjadi lebih jelas apabila salur darah mengembang, terutama ketika cuaca panas, selepas bersenam, batuk atau meneran.

Selain itu, faktor genetik, peningkatan usia, kulit yang nipis serta penurunan berat badan juga boleh menyebabkan urat tersebut kelihatan lebih ketara.

823242642 1562507772557986 5378118510939256633 n

Artikel berkaitan: “Marah kat abah ka?” – Lelaki Kenang Momen Terakhir Dengan Arwah Bapa, Sempat Jaga Sebelum ‘Pergi’

Artikel berkaitan: Diejek Dahi Luas, Ning Baizura Luah Anak Jadi Mangsa B*li

Jangan biarkan kebetulan jadi kepercayaan

PHM menegaskan apa yang berlaku kepada wanita berkenaan adalah satu kebetulan yang sangat menyedihkan dan tidak wajar dijadikan bukti bahawa urat timbul membawa petanda ajal.

PHM juga mengingatkan supaya orang ramai tidak hidup dalam ketakutan hanya kerana mempunyai urat yang jelas di dahi.

“Urat di dahi bukan tanda seseorang akan meninggal dunia. Apa yang berlaku selepas itu adalah satu kebetulan yang sangat menyedihkan.”

Dalam masa sama, PHM menjelaskan perubatan tidak pernah digunakan untuk meramal ajal seseorang.

Bagi umat Islam, ajal adalah ketetapan Allah dan tiada siapa mampu mengetahui bila masanya akan tiba.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved