Satu Lagi Jenama Peranti Memasuki Pasaran Malaysia – Blackview Kini Membuka Kedai Shopee

TechnologyDigital
26 Jun 2023 • 4:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Blackview adalah pengeluar peranti yang terkenal dengan telefon pintar tahan lasak. Biasanya setiap telefon yang mereka tawarkan menyokong perlindungan kalis air dan debu IP68, tahan hentakan, mempunyai sensor penglihatan malam, sensor haba dan bateri berkapasiti besar. Menariknya, kini Blackview turut memasuki pasaran tempatan, dan telah membuka kedai atas talian rasmi di Shopee Malaysia.

image is not available

Menariknya kedai Shopee mereka bukan sahaja menawarkan telefon pintar tahan lasak yang biasa orang kenal. Blackview turut menawarkan telefon pintar dan tablet, selain pelbagai aksesori audio, jam tangan pintar dan projektor turut ditawarkan.

image is not available

Harga jualan bagi setiap produk mereka ditawarkan pada harga bermula RM29 untuk aksesori dan mencapai sehingga RM1699 untuk Blackview BL880 yang dijana Dimensity 700, pengiktirafan IP69K, kamera 50MP, bateri 8380mAh, kamera 50MP dan kamera penglihatan malam serta haba.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan produk-produk Blackview, kini boleh menyemak penyenaraian mereka di Shopee, dan mendapatkan produk tersebut di Malaysia dengan lebih mudah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved