‘Saya ajar anak agar takut anjing liar’

Family & ParentingPets
8 Sep 2026 • 12:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Saya ajar anak agar takut anjing liar’

PETALING JAYA – Kes seorang kanak-kanak perempuan yang cedera parah selepas diserang dan digigit lima ekor anjing liar di kawasan rumahnya di Batu Pahat, Johor baru-baru ini mengundang pelbagai respons, termasuk daripada golongan selebriti.

Terkesan dengan kejadian menimpa kanak-kanak berusia dua tahun itu ialah pengacara dan pelakon, Ain Edruce mengakui bimbang setiap kali berada berhampiran dengan anjing liar.

Ain berkata, adakalanya dia sanggup menangguh hasrat untuk keluar dari kenderaan hanya disebabkan rasa takut apabila anjing liar berada berhampiran dengannya.

“Sebab itu saya takut dengan anjing liar ini.

“Kalau saya nak keluar kereta dan nampak anjing liar, sanggup tunggu sampai anjing-anjing ini itu pergi,” katanya dalam satu hantaran Threads.

Tambah pengacara Melodi tersebut, dia turut mengajar anaknya agar sentiasa berwaspada dengan kehadiran anjing liar.

Dia bahkan turut menzahirkan rasa simpati terhadap Nur Haira Watikah Mohammad Hamizi yang dipercayai mangsa serangan anjing liar.

“Saya ajar anak sendiri agar takut dengan anjing liar juga.

“Takut ‘siot’, kasihannya adik ini.

“Anjing itu ada tuan pun boleh jadi macam ini? Sudah tahu ganas kenapa lepaskan,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai respons malah ada yang mengakui melakukan perkara sama seperti Ain setiap kali berada berdekatan dengan sekumpulan anjing liar.

Dalam kejadian pagi Sabtu lalu, Nur Haira ditemui terbaring dengan koyakan pada kepala dan muka selepas diserang lima ekor anjing liar di hadapan rumah neneknya, Darlinda Darlis, 56.

Akibat kecederaan parah, Nur Haira turut menjalani pembedahan beberapa anggota badan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Susulan kejadian itu, polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana kecuaian berkenaan dengan haiwan. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Saya ajar anak agar takut anjing liar’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved