"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

18 Jul 2024 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Kata Rachel, 42, yang pernah dinobatkan sebagai Miss Chinese International 2003 itu, filem Sight yang diterbitkannya itu telah ditayangkan di lebih 2,000 buah skrin di Amerika Syarikat.

"Filem ini bukan sekadar bukti kehidupan Dr Ming Wang yang luar biasa tetapi juga perayaan ketabahan, cinta, harapan dan perdamaian.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya bangga membawa cerita dan bakat Asia ke Hollywood, merapatkan budaya dan mempamerkan kepelbagaian yang memperkayakan industri perfileman.


“Kebanyakan filem Hollywood yang dihasilkan ini mampu mempengaruhi kepercayaan budaya global. Melalui filem ini, kami mahukan lebih banyak cerita dan bakat Asia muncul di belakang dan di depan kamera.

"Bagi saya, siapa yang akan menceritakan kisah di mana orang Asia telah menjadi sumber inspirasi dan kekuatan untuk kebaikan jika kita tidak melakukannya,” tambah Rachel lagi.


Filem Sight berdurasi 100 minit itu dibintangi oleh calon Oscar Greg Kinnear dan Terry Chen, sehingga kini mengutip lebih RM32 juta.

Untuk info, filem Sight mengisahkan kisah kehidupan seorang pakar bedah mata yang terkenal dunia, Dr Ming Wang, yang mengatasi kesukaran untuk menjadi perintis perubatan.