‘Saya bersyukur anak selamat’

LocalFamily & Parenting
15 Aug 2026 • 1:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Saya bersyukur anak selamat’

PETALING JAYA – Bapa kepada pelajar perempuan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian yang menimpa anaknya.

Aidi Kelang, 57, berkata anaknya, Siti Nur A’aira, ditemukan dalam keadaan selamat dan kini masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

“Saya bersyukur kerana anak saya selamat dan sudah ditemukan. Saya dimaklumkan mengenai penemuan itu malam tadi.

“Buat masa ini, anak saya masih menerima rawatan di HKL dan doktor sedang memantau keadaannya susulan kecederaan yang dialami,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, beliau berharap siasatan dapat dijalankan dengan teliti, selain aspek keselamatan dan kebajikan anaknya diberikan perhatian sewajarnya.

Sementara itu, Aidi turut merakamkan penghargaan kepada pihak polis yang membantu usaha mencari dan mengesan anaknya.

Beliau turut berterima kasih kepada wakil ibu bapa daripada Muafakat MRSM Alor Gajah serta wakil Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) Mara yang banyak membantu keluarga sepanjang tempoh berkenaan.

“Saya sangat menghargai segala bantuan dan keprihatinan semua pihak, khususnya polis, wakil ibu bapa dan BPM Mara yang bersama-sama membantu kami,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Saya bersyukur anak selamat’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved