'Saya Bukan Lari' - Aminuddin Pertahan Keputusan Bertanding Di Linggi

LocalPolitics
16 Jul 2026 • 2:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

'Saya Bukan Lari' - Aminuddin Pertahan Keputusan Bertanding Di Linggi

'Saya Bukan Lari' - Aminuddin Pertahan Keputusan Bertanding Di Linggi

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan keputusan beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bukan bermaksud meninggalkan atau melupakan DUN Sikamat yang diwakilinya sejak empat penggal lalu.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau membuat keputusan itu atas kehendaknya sendiri dengan hasrat untuk terus berbakti kepada penduduk di DUN Linggi.

“Saya bukan lari dari Sikamat.

“Saya ‘pass’ baton bertanding di kerusi Sikamat buat Ustaz Nor Azman. Saya dah pesan, jaga Sikamat. Saya sayang Sikamat. Terima kasih Sikamat.

“Saya ke Linggi atas kehendak saya. Ingin berbakti kepada penduduk DUN Linggi. Jika Allah izinkan kemenangan, saya akan bekerja keras, lebih lagi untuk penduduk di DUN Linggi,” katanya.

Menurut Aminuddin, kerusi DUN Sikamat mempunyai nilai sentimental yang besar dalam perjalanan politiknya selepas beliau memenangi kerusi itu buat kali pertama pada tahun 2008.

Beliau berkata, dari seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang sehingga dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, Sikamat menjadi saksi kepada setiap fasa perjuangannya.

Baca juga:

“Empat penggal saya di Sikamat. Dari seorang ADUN pembangkang, sampai menjadi Menteri Besar pun saya masih di Sikamat.

“Tahun 2008, Sikamat yang sudi memenangkan saya. Kerjaya politik saya bermula di sana. Susah dan lelah saya, penduduk Sikamat yang tahu,” ujarnya.

Beliau berkata, ketika menjadi wakil rakyat pembangkang dengan peruntukan yang terhad, pelbagai usaha dilakukan bersama penduduk bagi mengumpulkan dana untuk membantu masyarakat serta melaksanakan program kebajikan.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, hubungan yang terjalin bersama penduduk Sikamat kini bukan sekadar antara wakil rakyat dan masyarakat, malah sudah dianggap seperti sebuah keluarga.

“Setiap kali pulang mengadakan program bersama rakyat Sikamat, rasa macam pulang ke kampung sendiri.

“Semua keluarga saya pun dah selesa dengan penduduk Sikamat. Isteri dan anak-anak saya pun dah biasa dengan orang Sikamat. Begitulah saya dan Sikamat,” katanya.

Terdahulu, pada majlis pengumuman calon PH Selasa lalu, Aminuddin diumumkan sebagai calon DUN Linggi, manakala kerusi DUN Sikamat akan ditandingi oleh Setiausaha Politiknya, Nor Azman Mohamad.

Sebelum ini, Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR mengakui DUN Linggi bukan kerusi mudah kerana ia merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), namun berkata keputusan untuk bertanding di kawasan itu dibuat selepas penelitian rapi bagi meningkatkan peluang PH merampas kerusi berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved