"Saya Bukan Pilihan Kedua, Abang Kahwin Baru Cari Saya" - Adik Syafiq Kyle Terkejut Pengikut IG Bertambah

19 Feb 2025 • 4:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Adik kepada Syafiq Kyle, Syazwan Razak, mengakui menerima banyak mesej selepas tular siaran langsung kakak iparnya, Mimi Lana, yang mengajak peminat mendekatinya.

Menurut Syazwan, dia menerima komen yang diberikan dengan hati terbuka dan menganggapnya sebagai gurauan semata-mata.

“Saya bukan pilihan orang ramai, kan? Bila abang saya dah kahwin, barulah orang cari saya.

“Saya okay sahaja dengan komen-komen sebegitu, sebab bagi saya itu hanya gurauan. Saya tidak ambil komen itu secara serius sebenarnya,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya lagi, selepas Mimi Lana berkata demikian, jumlah pengikutnya di TikTok dan Instagram meningkat secara mendadak.

“Selepas Mimi Lana cakap macam tu, notifikasi saya berbunyi tanpa henti di TikTok dan Instagram.

“Followers saya pun naik secara mendadak, membuatkan saya berasa sedikit nervous,” jelasnya.

Bagaimanapun, Syazwan turut berkongsi setakat ini, dia tidak menerima mesej yang terlalu melampau.

“Setakat ini, DM yang saya dapat tidaklah terlalu melampau sangat. Semuanya biasa-biasa sahaja,” kongsinya.

Terdahulu, tular di media sosial dimana Mimi Lana memberitahu kepada peminat Syazwan iras seperti Syafiq Kyle dan peminat boleh cuba nasib bersama Syazwan Razak. 


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved