“Saya guna stok untuk masak sup”- Cara Lelaki Ini Balas Mesej ‘Scammer’ Buat Ramai Terhibur

Entertainment
25 Sep 2022 • 4:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebelakangan ini, ramai yang menerima mesej atau panggilan daripada scammer yang cuba mengaut untung dengan cara menipu. Ada yang guna modus operandi menyamar jadi pegawai LHDN dan ada juga yang mengugut kita.

Jadi, apabila terima panggilan atau mesej yang pelik daripada scammer macam ni, jangan lah mudah percaya atau terpedaya. Nak selamat, jangan angkat atau reply pun mesej daripada orang yang tak dikenali macam ni.

Kadang-kadang tu menyampah juga terima mesej spam daripada scammer ni kan.

Oleh sebab itulah, seorang lelaki dari Singapura ini memutuskan untuk troll scammer yang menghantar mesej kepadanya menerusi Telegram.

Menurut Mothership.sg, lelaki yang dikenali sebagai Daryl Pangster Souji Seta itu telah berkongsikan tangkap layar perbualannya dengan scammer terbabit di Facebook baru-baru ini.

#Scammer round 2.

Posted by Daryl Pangster Souji Seta on Monday, September 19, 2022

 

Dalam screenshot terbabit, dapat dilihat bahawa dia telah menerima mesej Telegram daripada seorang individu yang mahu mengajaknya menyertai perniagaan stok saham.

Namun, lelaki berkenaan membalas mesej scammer itu dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah berniaga menggunakan stok saham sebaliknya dia menggunakan stok untuk memasak sup.

Ini kerana stok ayam jenama Knorr dan Maggi sering digunakan untuk memasak.

Korang baca sendiri la macam mana dia troll scammer ini. Kelakar betul!

image is not available

Boleh dilihat juga bahawa si scammer ini agak bingung dengan ‘stok ayam’ yang dimaksudkannya.

image is not available

Boleh la try taktik ni kalau ada scammer cuba nak tipu korang lepas ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.