"Saya Halang Sebab Saya Yang Bayar Sewa Rumah" - Diana Danielle Berhak Larang Farid Kamil Masuk Rumah!

21 Mar 2023 • 3:20 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Pelakon, Diana Danielle berhak menghalang suaminya daripada masuk ke rumah bermula pada tarikh pemfailan cerai iaitu pada 10 Mac lalu.

Hal ini kerana, kos sewa kediaman tersebut ditanggung oleh aktres yang popular dengan drama siri Janji Diana itu.

Oleh yang demikian, Diana bebas membuat keputusan bagi menghalang Farid atau orang lain untuk masuk ke rumah itu.

image is not available

Perkara tersebut didedahkan oleh peguam Syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

“Rumah itu disewakan oleh anak guam kami. Jadi dia ada hak untuk membenarkan sesiapa masuk atau tidak ke dalam rumah tersebut.

“Hubungan mereka juga memang sudah tidak baik, sebab itu anak guam saya ke mahkamah,” katanya.

image is not available

Pendedahan itu dibuat bagi mengulas lanjut dakwaan Farid yang dihalang pulang ke rumah dan bertemu anaknya.

Oleh kerana Farid enggan melafazkan cerai, Akberdin berkata, pihaknya diarahkan untuk melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sebelum hasil perbincangan dikemukakan kepada mahkamah, JKP akan melantik wakil bagi mencari jalan penyelesaian.

Jika tiada penyelesaian atau terbukti berlakunya shiqaq, Mahkamah Syariah bakal melantik hakam untuk memberikan kata putus.

image is not availableSumber: Malaysia Dateline