Diana Danielle Ada Hak Larang Farid Masuk Rumah Sebab Dia Bayar Sewa – Peguam

Entertainment
21 Mar 2023 • 11:12 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh semalam di media sosial mengenai pelakon terkenal tanah air Diana Danielle memfailkan cerai terhadap suaminya Farid Kamil.

Dalam pada itu, Farid juga ada mengatakan bahawa dirinya tidak dapat memasuki rumah yang diduduki bersama isterinya dan tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya sejak awal bulan ini.

Susulan pendakwaan itu, Peguam Syarie mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir menjelaskan bahawa anak guamnya mempunyai hak untuk menghalang suaminya untuk masuk ke kediaman mereka.

image is not available

Hal ini disebabkan Diana yang membayar sewa kediaman itu dan mempunyai hak untuk membenar atau menghalang mana-mana individu daripada memasuki rumahnya. Tambahan pula, hubungan di antara Diana dan Farid juga tidak baik, mendorong Diana buat demikian.

“Rumah itu disewakan oleh anak guam kami, jadi dia ada hak untuk membenarkan sesiapa masuk atau tidak ke dalam rumah tersebut.

Hubungan mereka juga memang sudah tidak baik, sebab itu anak guam saya ke mahkamah,” katanya seperti dilapor mStar.

Difahamkan, Diana bertindak memfailkan permohonan cerai terhadap Farid disebabkan berlakunya perbalahan berpanjangan dan tidak lagi dapat hidup sebagai suami isteri.

Pagi ini, Farid Kamil dilihat tenang ketika hadir di Mahkamah Syariah Subang Bestari.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.