“Saya Menyesal Kerana Bila Ayah Dah Tak Ada Baru Jumpa” - Cik B Pesan Jaga Hubungan Baik Dengan Ibu Bapa Selagi Masih Ada

28 Oct 2026 • 6:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Saya Menyesal Kerana Bila Ayah Dah Tak Ada Baru Jumpa” - Cik B Pesan Jaga Hubungan Baik Dengan Ibu Bapa Selagi Masih Ada

Anak kepada usahawan, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B mengakui menyesal kerana sudah lama tidak berjumpa dengan bapa kandungnya iaitu Allahyarham Mohd Amin Yasin sebelum lelaki itu menghembuskan nafas terakhir pada minggu lalu.Menerusi satu video yang dimuat naik DSV di TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin memaklumkan bahawa kali terakhir dia berjumpa arwah bapanya itu adalah sewaktu dia masih kecil.““Ayah absent, ke mak absent ke cubalah telefon mereka jangan sampai bila mereka dah tak ada baru kita nak cari. Itu adalah penyesalan Cik B.“Macam saya, saya menyesal sebab bila ayah dah tak ada baru dapat jumpa. Sebelum ini tak jumpa, kali terakhir saya jumpa adalah waktu kecil.“Dia tetap ayah Cik B, dan penyesalan itu tiada penghujung,” kongsinya.Sehubungan dengan itu, alumni program Talk To My Manager musim kedua ini menitipkan pesan kepada orang ramai untuk sentiasa menjaga hubungan baik dengan ibu bapa serta menghargai dua insan itu selagi masih ada.“Walau hubungan korang tak bagus sekalipun dengan ibu ataua ayah, cuba selesaikan. Kita tak tahu apa mereka rasa dan mungkin mereka sudah berubah.“Jadi siapa-siapa masih ada mak ayah walaupun sudah bercerai berhubunglah dengan mereka sebab mereka masih ibu ayah kita,” tambahnya lagi.Sekadar info, bapa kepada Cik B iaitu Allahyarham Mohd Amin menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu minggu lalu di Kelantan.Sumber: TikTok

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved