Cik B terkilan tak selalu hubungi arwah bapa – “Last jumpa waktu kecil”

27 Oct 2026 • 11:21 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B meluahkan rasa terkilan kerana tidak lebih kerap menghubungi dan meluangkan masa bersama bapa kandungnya, Mohd Amin Yasin, sebelum Allahyarham meninggal dunia.

Image from: Cik B terkilan tak selalu hubungi arwah bapa – “Last jumpa waktu kecil”

Menurut Cik B, kehilangan itu meninggalkan penyesalan mendalam apabila peluang untuk kembali bertemu bapanya hanya hadir selepas insan berkenaan sudah tiada.

“Cubalah sentiasa telefon mak ayah, jangan sampai mereka sudah tiada baru kita nak mencari. Itulah penyesalan saya.
“Jika mereka masih ada, walaupun ada salah faham atau hubungan tidak baik, ketepikan semua itu. Kita semua tak tahu apa mereka rasa, mungkin juga mereka sudah berubah (jadi lebih baik),” katanya.

Berkongsi perasaannya, Cik B mengakui dia jarang bertemu dengan bapanya ketika Allahyarham masih hidup.

“Macam saya, saya menyesal kerana berjumpa apabila dia sudah tiada lagi di dunia. Sebelum ini tidak selalu berjumpa,” luahnya.

Dalam menanggung kerinduan itu, Cik B turut menitipkan pesanan kepada mereka yang ibu bapanya sudah berpisah supaya terus menjaga hubungan dengan kedua-duanya.

Image from: Cik B terkilan tak selalu hubungi arwah bapa – “Last jumpa waktu kecil”

Baginya, perpisahan antara ibu dan bapa tidak mengubah kedudukan mereka dalam kehidupan seorang anak.

“Last saya jumpa ayah waktu kecil. Dia tetap ayah saya, rasa penyesalan itu tiada penghujung. Kepada sesiapa yang masih ada mak ayah walaupun mereka sudah bercerai, mereka tetap mak ayah kalian,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Mohd Amin yang juga bapa kandung kepada Kacak dilaporkan meninggal dunia pada usia 48 tahun. Allahyarham dilaporkan mengalami demam panas selama beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Seri Vida pada tahun 2000 sebelum berpisah lapan tahun kemudian. Mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Sumber: TikTok Qu Puteh Barulah Puteh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved