“Saya Mohon Ampun Dan Maaf..” – Shila Amzah

Entertainment
17 Aug 2026 • 12:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi Shila Amzah tampil memohon maaf secara terbuka kepada peminat selepas beberapa kekurangan termasuk masalah teknikal dan pengurusan tiket dilaporkan berlaku ketika konsert Shila Amzah Kita 25 Tahun Bersama, semalam.

Menerusi perkongsian di Threads, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah mengakui terdapat beberapa masalah sebelum dan sepanjang konsert berlangsung, termasuk kualiti sistem bunyi serta paparan lirik pada skrin LED.

Advertisement
View this post on Instagram

“Assalamualaikum semua. Buat yang menghadapi masalah sebelum bermulanya konsert semalam, buat bunyi yang kurang memuaskan dan LED belakang yang tidak disediakan lirik, saya mohon ampun dan maaf kerana terpaksa melalui pengalaman tersebut.

“Sesungguhnya saya dan pasukan sudah berhempas pulas melakukan apa yang kami mampu di belakang tabir.

“Apa yang diterjemahkan di atas pentas adalah di luar bidang kuasa kami,” katanya.

Shila Amzah Akui Ada Kekurangan Sepanjang Konsert

Menurut Shila, setiap kali mengadakan persembahan, dia bersama pasukannya sentiasa berusaha memberikan pengalaman terbaik kepada peminat yang hadir.

Namun begitu, penyanyi berkenaan mengakui terdapat banyak perkara yang berlaku di sebalik tabir dan tidak semuanya dapat dikongsikan kepada umum.

Shila amzah

“Setiap konsert kami mahu berikan sehabis baik. Namun sejujurnya terlalu banyak yang tidak dapat dicoretkan.

“Oleh itu, saya nak minta maaf sangat-sangat atas apa sahaja kekurangan yang kalian rasakan,” ujarnya.

Permohonan maaf itu dibuat selepas beberapa penonton meluahkan rasa kecewa di media sosial berhubung pengalaman mereka ketika menghadiri konsert berkenaan.

Pembeli Tiket Dakwa Berlaku Pertindihan Tempahan

Antara isu yang dibangkitkan adalah berkaitan pengurusan tempat duduk.

Seorang penonton mendakwa berlaku pertindihan tempahan tiket sehingga tempat duduk asalnya terpaksa dipindahkan ke barisan yang lebih belakang.

Selain isu tiket, masalah sistem bunyi dan ketiadaan paparan lirik pada skrin LED turut menjadi antara perkara yang mendapat perhatian peminat.

Bagaimanapun, Shila menegaskan dirinya dan pasukan telah berusaha sebaik mungkin di belakang tabir, sementara beberapa perkara yang berlaku di atas pentas berada di luar bidang kuasa mereka.

Untuk rekod, Shila baru sahaja selesai menjayakan konsert solo Shila Amzah Kita 25 Tahun Bersama yang berlangsung di Arena of Stars, Resorts World Genting.

Konsert tersebut dianjurkan bersempena perjalanan 25 tahun Shila Amzah dalam industri muzik, sekali gus menjadi antara persembahan istimewa bagi meraikan kerjayanya bersama peminat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lufya omar2026-08-17 11:08:22

“Bayar RM150 Sebulan Bila Nak Habis Bayar Hutang?” – Lufya Omar Persoal Bayaran Mutaah & Nafkah Anak Dari Dr Che Hafiz Semakin Berkurang

The post “Saya Mohon Ampun Dan Maaf..” – Shila Amzah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved