Baru-baru ini, tular dimana netizen menyaksikan pelakon sensasi Fattah Amin menerima sebuah kereta Lamborghini Huracán berwarna ungu daripada pengusaha sebuah kedai emas Goldbar 999.9 Limited Edition di Johor.
Netizen majoriti menyatakan bahawa itu merupakan rahmat atau rezeki selepas aktor tersebut ditimpa ujian berat mengenai pergolakan serta penceraian rumah tangganya.
@allfendstudio Rezeki fattah amin bersama kedai emas ni bagi fattah rezeki yang luas, Sentiasa ade jobkan… @KEDAI EMAS SYAMSUL #allfendstudio #afs
♬ original sound - ALL FEND STUDIO - ALL FEND STUDIO
Lamborghini bukan milik Fattah Amin
Menurut laporan Harian Metro, Pengurus kepada pelakon popular Fattah Amin, Sakirin Acha, tampil menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul setelah video tular memaparkan Fattah memandu kereta Lamborghini ungu.
Menurut Sakirin atau lebih mesra dikenali sebagai Acha, kenderaan mewah itu bukanlah milik Fattah seperti yang disangka orang ramai.

Foto: Harian Metro
Hanya prop syarikat
Acha menyatakan bahawa kereta tersebut bukan hadiah daripada seorang usahawan emas, sebaliknya hanya digunakan sebagai prop untuk tujuan kandungan video syarikat terbabit.
“Saya ingin menegaskan, Fattah tidak menerima kereta Lamborghini seperti yang diperkatakan. Kereta itu adalah sebahagian daripada prop untuk sesi penggambaran video kandungan syarikat tersebut,” jelasnya.
Lamborghini bukan milik Fattah

Pengurus Fattah meminta maaf atas kekeliruan yang timbul
Susulan itu, Acha turut memohon maaf kepada orang ramai sekiranya video tersebut menimbulkan salah faham. Beliau berharap penjelasan ini dapat meredakan kekeliruan yang timbul dalam kalangan peminat dan warganet.
“Saya mohon maaf tapi Fattah tidak menerima kereta itu daripada pihak berkenaan,” tambahnya lagi.

Terdahulu, video tular berdurasi 22 saat yang menunjukkan Fattah menerima kunci kereta daripada seorang lelaki dan memandu kereta mewah jenis Lamborghini berwarna ungu telah menarik perhatian ramai dan menjadi perbualan hangat di media sosial.
Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)

