“Dia Tidak Terima Hadiah Kereta Lamborghini, Ia Hanyalah Sekadar Konten” – Pengurus Fattah Amin

LocalEntertainment
4 Nov 2024 • 11:06 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengurus kepada pelakon Fattah Amin, Sakirin Acha tampil menafikan dakwaan yang mengatakan majikannya ada menerima hadiah kereta mewah jenis Lamborghini daripada seorang pengusaha kedai emas.

Maklum Sakirin, kereta mewah itu hanyalah sekadar ‘prop’ untuk kandungan video kedai emas milik pengusaha itu.

Saya ingin menegaskan Fattah tidak menerima kereta Lamborghini seperti yang diperkatakan. Kereta itu adalah sebahagian daripada prop untuk sesi penggambaran video kandungan syarikat terbabit.

Sakirin dalam pada itu turut memohon maaf jika ada pihak yang salah faham mengenai kandungan video tersebut.

Saya mohon maaf tapi Fattah tidak menerima kereta itu daripada pihak berkenaan.

Tular sebelum ini mengenai video berdurasi 22 saat memaparkan aktor terhangat di pasarang itu bersalaman dan memeluk seorang lelaki sejurus diberikan kunci sebelum dilihat memandu sebuah kereta Lamborghini berwarna ungu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pautan di bawah.

image is not available 6 hours ago

Farid Kamil Utus Surat Cinta, Diana Danielle Bakar - "Jika Dia Pilih Untuk Lengahkan Proses Cerai, Itu Adalah Zalim"