“Fattah tak terima kereta itu” – Pengurus Fattah Amin Beri Penjelasan Isu Pelakon Terima Hadiah Lamborghini

Entertainment
4 Nov 2024 • 12:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai pelakon Fattah Amin yang dikatakan mendapat rezeki mencurah-curah selepas bercerai dengan pelakon, Fazura.

Antara isu yang menjadi sebutan adalah dakwaan netizen yang mengatakan pelakon lelaki itu menerima hadiah sebuah kereta mewah, Lamborghini selepas menjadi duta kepada jenama sebuah kedai barangan kemas.

@allfendstudio

Rezeki fattah amin bersama kedai emas ni bagi fattah rezeki yang luas, Sentiasa ade jobkan… @KEDAI EMAS SYAMSUL #allfendstudio #afs

♬ original sound – ALL FEND STUDIO – ALL FEND STUDIO

“Itu cuma prop”

Walau bagaimanapun, pengurus kepada Fattah Amin, Sakirin Acha tampil menjelaskan dakwaan dan menafikan pelakon itu menerima hadiah kereta berkenaan daripada pengusaha kedai emas tersebut.

Menurut Acha, kereta Lamborghini berwarna ungu itu dipandu Fattah sebagai sebahagian prop untuk kandungan video kedai emas milik pengusaha itu.

image is not available

Saya ingin menegaskan Fattah tidak menerima kereta Lamborghini seperti yang diperkatakan. Kereta itu adalah sebahagian daripada prop untuk sesi penggambaran video kandungan syarikat terbabit,” katanya.

Acha juga pada masa yang sama memohon maaf sekiranya ramai pihak yang salah anggap dengan video yang tular.

Saya mohon maaf tapi Fattah tidak menerima kereta itu daripada pihak berkenaan,” katanya lagi.

Oh prop saja. Tak apalah mana tahu lepas ni berjaya beli Lamborghini sendiri, kan?

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.