‘Saya mohon pulangkan cincin saya’

18 Aug 2026 • 3:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Saya mohon pulangkan cincin saya’

SUBANG JAYA – Seorang wanita kerugian kira-kira RM7,000 selepas dua cincin miliknya didakwa diambil individu tidak dikenali yang menemui kotak plastik berisi barang kemas terbabit di sebuah premis di USJ 19, di sini, Sabtu lalu.

Pengadu, Zaimasturaida Zahari, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 9.15 malam, Sabtu lalu, ketika berada di JBR Bundle, Persiaran Kewajipan, USJ 19.

Menurutnya, sebelum kejadian, beg yang dibawanya telah terjatuh sehingga menyebabkan barangan di dalamnya berterabur.

“Saya telah mengutip semula barang-barang tersebut, namun tanpa disedari saya terlepas pandang untuk mengambil sebuah kotak plastik berwarna ungu yang mengandungi dua bentuk cincin milik saya,” ujarnya.

Katanya, hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki tempatan bersama seorang wanita yang dipercayai isterinya dan seorang anak remaja perempuan menemui kotak berkenaan.

“Mereka (dilihat) mengambil kotak tersebut sebelum membawanya pergi dari lokasi,” ujarnya.

Zaimasturaida berkata, dia kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, dia turut memohon bantuan orang ramai yang berada di JBR Bundle USJ 19 ketika kejadian atau mengenali individu terbabit supaya menyalurkan maklumat kepadanya.

“Sekiranya tuan atau puan yang mengambil kotak tersebut terlihat hantaran ini, saya mohon dengan rendah hati agar kotak dan barang kemas tersebut dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

“Saya amat berharap barang tersebut dapat dipulangkan semula kepada saya.”

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Zaimasturaida di 019-987 4284 atau 013-957 4284 bagi membantu usaha mendapatkan semula barang kemas berkenaan.

Sementara itu, Kosmo! sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak polis berhubung insiden berkenaan yang berlaku pada 15 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Saya mohon pulangkan cincin saya’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved