Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menzahirkan penghargaan atas sokongan yang diterima susulan kemelut membabitkan kedudukan baginda.
Baginda bertitah, sokongan tersebut menjadi dorongan untuk kembali ke istana bagi menyelesaikan masalah yang sedang berlaku.
Free Malaysia Today “Terima kasih atas sokongan yang kuat. Saya akan balik istana, mana lagi saya nak balik.
“Saya balik nak selesaikan masalah ini, insya-Allah terima kasih semua.”
Tuanku Muhriz bertitah demikian selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi bersama Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Kepulangan baginda turut disambut kira-kira 200 penyokong yang melaungkan “Daulat Tuanku” di KLIA.
Terdahulu, Kerajaan Negeri Sembilan menyatakan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz adalah sah dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar yang baharu.
Bagaimanapun, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) mengambil pendirian berbeza dengan menegaskan Tuanku Muhriz masih merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah serta menyatakan tiada kekosongan jawatan selagi kedudukan itu masih dipegang secara sah.
Kemelut berkenaan kini terus menjadi perhatian susulan pendirian berbeza antara pihak kerajaan negeri dan DKU mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. – Harian Metro
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tunku Nadzaruddin Tak Jadi Pula Naik Takhta, DKU Tegas Tuanku Muhriz Kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
The post “Saya Nak Balik Istana, Mana Lagi Saya Nak Pergi” – Tuanku Muhriz Zahir Ucapan Terima Kasih Atas Sokongan Rakyat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




