“Saya Nak ‘Clear’ Nama Saya” – Bekas Suami Zahnita Muat Naik Perintah Mahkamah Syariah, Dakwa Dapat Hak Penjagaan Penuh Anak

LocalEntertainment
29 Jul 2026 • 12:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas suami kepada model dan pelakon Zahnita Wilson, Abd Zackery Ghouse tampil mengeluarkan kenyataan di Instagram bagi menjelaskan kedudukan sebenar berhubung kes mahkamah yang menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

Menerusi hantaran tersebut, beliau memaklumkan kenyataan itu dibuat atas nasihat peguam bagi membersihkan namanya serta menjelaskan salah faham dan dakwaan yang sebelum ini tersebar.

Advertisement

Zahnita Image from: “Saya Nak ‘Clear’ Nama Saya” – Bekas Suami Zahnita Muat Naik Perintah Mahkamah Syariah, Dakwa Dapat Hak Penjagaan Penuh Anak Image from: “Saya Nak ‘Clear’ Nama Saya” – Bekas Suami Zahnita Muat Naik Perintah Mahkamah Syariah, Dakwa Dapat Hak Penjagaan Penuh Anak Image from: “Saya Nak ‘Clear’ Nama Saya” – Bekas Suami Zahnita Muat Naik Perintah Mahkamah Syariah, Dakwa Dapat Hak Penjagaan Penuh Anak

Menurutnya, perceraian mereka telah dimuktamadkan secara sah pada Ogos tahun lalu, selain mendakwa bekas isterinya meninggalkan anak-anak bersamanya ketika Aidilfitri sebelum menyerahkan hak penjagaan secara rasmi di mahkamah.

Bekas suami Zahnita itu turut memuat naik salinan perintah Mahkamah Tinggi Syariah yang didakwanya membuktikan hak penjagaan penuh dan kekal ke atas semua anak telah diberikan kepadanya selepas bekas isterinya menyerahkan serta melepaskan hak penjagaan.

Dalam kenyataan sama, beliau memaklumkan kesemua anak kini berada di bawah jagaannya dan berharap dokumen mahkamah yang dikongsikan itu dapat menamatkan segala dakwaan yang menurutnya mencemarkan reputasinya sebagai seorang bapa dan bekas suami.

View this post on Instagram

Beliau turut menjelaskan bahawa fokus utamanya kini adalah memastikan anak-anak menerima pendidikan, keselamatan dan kehidupan yang selesa, selain membina kehidupan yang lebih baik untuk dirinya.

Selain mengucapkan terima kasih kepada individu yang sentiasa menyokongnya, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan peguam serta Mahkamah Syariah Kuantan atas profesionalisme sepanjang proses perundangan berlangsung.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

maid nubhan2026-07-29 11:23:32

"Sampai Menangis Bibik Jaga Emak" - Nubhan Kongsi Cabaran Jaga Mak Jenny Yang Semakin Uzur

The post “Saya Nak ‘Clear’ Nama Saya” – Bekas Suami Zahnita Muat Naik Perintah Mahkamah Syariah, Dakwa Dapat Hak Penjagaan Penuh Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved