Shafie Apdal dipenjara lima minggu kerana hina mahkamah

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 12:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Shafie Apdal dipenjara lima minggu kerana hina mahkamah

SHAH ALAM, 29 JULAI: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dijatuhkan hukuman penjara selama lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah susulan kenyataan yang dibuatnya berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Hukuman terhadap Presiden Parti Warisan itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, pada prosiding yang berlangsung hari ini.

Bagaimanapun, Amir Shah membenarkan permohonan Mohd Shafie untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan terhadap keputusan berkenaan didengar di Mahkamah Tinggi, lapor Sinar Harian.

Penangguhan itu menyebabkan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang tidak terlaksana serta merta sehingga rayuan tersebut diputuskan.

Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seseorang ahli parlimen boleh hilang kelayakan jika disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara tidak kurang satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000, tertakluk kepada peruntukan yang berkaitan.

Bagaimanapun, mahkamah dalam kes ini hanya menjatuhkan hukuman kurang daripada satu tahun dan membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved