“Saya Okey Sahaja Dan Ingin Jadi Diri Sendiri”- Tampil Dengan Imej Seksi, Alya Iman Tak Kesah Dikecam

LocalEntertainment
13 Oct 2024 • 2:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, pelakon Alya Iman telah mencuri perhatian ramai apabila dia mengenakan pakaian seksi ketika menghadiri satu majlis sidang media Anugerah Telenovela.

Menerusi laporan Gempak, Alya berkata dia tahu akibat yang akan dia hadapi apabila mengambil keputusan untuk berpakaian sebegitu.

Saya terima dan tahu akibat berpakaian macam ini orang akan kecam. Namun, saya fikir ini ialah diri saya.

Saya sukakannya dan berharap orang akan menerimanya. Saya okey sahaja dan ingin menjadi diri sendiri.

Walaupun ramai yang memberi nasihat supaya tidak membaca komen di media sosial, namun Alya tetap membacanya meskipun ada komen yang memberi kesan terhadap dirinya.

Ramai orang cakap jangan baca komen tetapi saya tetap baca juga. Kadang-kadang ada yang memberi kesan kepada saya.

Namun, saya mempunyai orang positif di sekeliling yang selalu memberikan semangat kepada saya.

Terdahulu, anak kepada pendakwah, Allahyarham Azmil Mustapha itu telah membuat keputusan untuk membuka hijab.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Gempak