Legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos tampil menafikan laporan yang mendakwa dirinya telah memeluk Islam selepas berkahwin dengan ahli perniagaan Maghribi, Souheila Tahiri.
Bercakap kepada akhbar Arab Saudi, Okaz, bekas pertahanan Real Madrid itu menjelaskan bahawa dakwaan mengenai perubahan agamanya adalah tidak benar.
Advertisement
Menurut Carlos, dia sememangnya mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap agama Islam dan turut mengagumi isterinya ketika menunaikan ibadah.
“Saya sangat menghormati Islam dan amat indah melihat isteri saya menunaikan solat, tetapi khabar angin yang tersebar mengenai saya memeluk Islam adalah tidak benar.”
Penjelasan tersebut dibuat selepas beberapa laporan dan hantaran di media sosial mendakwa bekas pemain berusia 53 tahun itu sudah memeluk Islam kira-kira empat minggu lalu.
Malah, terdapat dakwaan mengatakan Carlos telah melafazkan syahadah ketika bertemu Sheikh Jihad Hamada, yang dikenali dalam komuniti Islam di Brazil.
View this post on Instagram
Beberapa keping gambar turut tersebar di media sosial dan didakwa menunjukkan Carlos bersama isterinya menjalani sebuah majlis perkahwinan secara Islam di hadapan seorang tokoh agama.
Bagaimanapun, Carlos menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa sambutan perkahwinannya bersama Tahiri diadakan dalam beberapa bentuk bagi menghormati latar belakang agama serta budaya keluarga dan rakan-rakan kedua-dua belah pihak.
Menurutnya, mereka turut mengadakan majlis yang meraikan ahli keluarganya yang beragama Katolik, selain sebuah majlis yang mencerminkan latar belakang Tahiri sebagai wanita Maghribi serta rakan-rakannya yang beragama Islam.
Kepelbagaian unsur dalam majlis perkahwinan tersebut dipercayai menjadi antara punca timbulnya spekulasi bahawa Carlos sudah memeluk Islam.
Perkahwinan pasangan berkenaan sebelum ini menarik perhatian ramai, khususnya di Brazil dan Maghribi kerana latar belakang Tahiri serta status Carlos sebagai antara legenda bola sepak dunia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kes Anjing Rocky: Wanita Dipercayai Pemilik Haiwan Liar Turut Didakwa Hari Ini
The post “Saya Sangat Hormati Islam, Tapi…” – Roberto Carlos Nafi Dakwaan Sudah Memeluk Islam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





