
Legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos menafikan laporan bahawa beliau telah memeluk Islam selepas berkahwin dengan ahli perniagaan Maghribi, Souheila Tahiri.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Carlos menerusi temu bual eksklusif dengan akhbar Arab Saudi, Okas, sekali gus menegaskan bahawa laporan yang sedang beredar itu adalah tidak benar.
Roberto Carlos Nafi Masuk Islam
"Saya sangat menghormati Islam dan ianya pengalaman yang indah apabila melihat isteri saya menunaikan solat, tetapi khabar angin mengenai saya memeluk Islam adalah tidak benar," katanya dalam kenyataan itu.
Carlos tampil membuat penjelasan ini selepas beberapa laporan berita tular yang mendakwa pemain bola itu memeluk Islam kira-kira empat minggu lalu .
Sesetengah laporan turut mendakwa Carlos mengucapkan syahadah ketika bertemu dengan Sheikh Jihad Hamada, tokoh terkenal Islam di Brazil.
Fans Indonesia Teruja, Rasa Nak Menangis Jumpa Skuad Malayan Tigress B17
Filem Animasi ‘Niu Lai’ Yang Dikecam Teruk Tiba-Tiba Jadi Fenomena, Kutipan Pecah RM10 Juta
Beberapa gambar perkahwinannya juga tular yang menunjukkan pasangan berkenaan melangsungkan majlis perkahwinan secara Islam di hadapan seorang tokoh agama.
Bagaimanapun, Carlos menjelaskan bahawa sambutan perkahwinan mereka sebenarnya diadakan dalam beberapa bentuk majlis bagi menghormati kepercayaan keluarga dan rakan-rakan kedua-dua pihak.
Dalam pada itu, Carlos turut mendedahkan hubungannya bersama Tahiri bermula selepas mereka bertemu ketika menghadiri satu pertemuan perniagaan berkaitan bola sepak.
Bekas pemain berusia 53 tahun itu menyifatkan isterinya sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya dan hubungan mereka sudah terjalin selama kira-kira dua tahun.
Carlos dianggap antara pemain bek kiri terbaik dalam sejarah dan beliau menikmati tempoh paling gemilang dalam kariernya bersama Real Madrid dan menjadi tonggak utama Skuad Brazil yang menjuarai Piala Dunia FIFA 2006.
Manakala isterinya pula merupakan seorang ejen bola sepak berlesen FIFA yang terlibat menguruskan pemain profesional dan projek-projek berkaitan bola sepak.





