Legenda bola sepak Brazil nafi peluk Islam

FootballSports
20 Aug 2026 • 12:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Legenda bola sepak Brazil nafi peluk Islam

BRASILIA:  Bekas bintang bola sepak Brazi, Roberto Carlos menafikan beliau memeluk agama Islam selepas berkahwin dengan salah seorang tokoh terkenal dalam komuniti Muslim di negara itu, Sheikh Jihad Hamada.

Dakwaan Carlos memeluk Islam sebelum ini mendapat perhatian susulan hantaran Ali Şahin, ahli Parlimen Turkiye dari Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Parti), yang menceritakan mengenai pertemuan beliau dengan beberapa wakil komuniti Islam di Brazil.

Penafian itu dibuat selepas laporan tersebar di media sosial dan beberapa saluran media yang mendakwa lelaki berusia 53 tahun itu memeluk Islam kira-kira empat minggu lalu.

Sesetengah laporan mendakwa Carlos telah melafazkan syahadah ketika bertemu Sheikh Jihad.

Gambar turut tersebar dalam talian yang didakwa menunjukkan pasangan itu mengadakan upacara pernikahan secara Islam dengan kehadiran seorang pegawai agama.

Bagaimanapun, Carlos menolak dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa majlis perkahwinan mereka diadakan dalam beberapa bentuk upacara bagi menghormati pegangan agama keluarga dan rakan-rakan mereka. 

Beliau menegaskan bahawa laporan mengenai dirinya memeluk Islam adalah tidak benar.

Legenda  itu memberitahu akhbar Arab Saudi, Okaz, pada Rabu: “Saya amat menghormati Islam, dan saya berasa gembira melihat isteri saya menunaikan solat, tetapi khabar angin yang tersebar mengenai saya memeluk Islam adalah tidak benar.”

Mengenai majlis perkahwinannya yang mencetuskan spekulasi itu, beliau berkata: “Majlis tersebut diadakan dalam lebih daripada satu bentuk. Kami mahu mengadakan majlis yang bersesuaian dengan kepercayaan anggota keluarga kerana mereka beragama Katolik, di samping satu lagi majlis yang bersesuaian dengan isteri saya dan rakan-rakannya yang beragama Islam.” – AGENSI

 

The post Legenda bola sepak Brazil nafi peluk Islam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved