“Saya Sangat Terkenal Dengan..” – Song Jihyo Kongsi Kisah Masa Lalu Sebelum Jadi Pelakon

6 Feb 2024 • 10:53 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sebelum memulakan kerjaya sebagai pelakon, Song Ji-hyo juga pernah bekerja di sebuah restoran.

Terbaru dalam siaran 4 Februari “Running Man”, semua ahli pergi ke restoran daging lembu Korea, di mana Song Ji-hyo bertanggungjawab untuk memanggang daging.

Melihat wanita itu, Haha terus memuji kemahiranya dalam memanggang,

Saya tahu kemahiran memasak Ji-hyo telah bertambah baik hari ini tetapi saya tidak tahu dia sepandai ini dalam memanggang daging.

Celah Kim Jong-kook,

Dia pernah bekerja sambilan di restoran BBQ.

Jelas Song Ji-hyo mengenai pengalamannya bekerja di sebuah restoran,

Ketika saya bekerja di restoran rusuk lembu semasa zaman sekolah menengah, saya sangat terkenal dengan kemahiran memanggang saya.

Patutlah nampak macam dah biasa buat je!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.