“Saya sudah membela diri” – Sudah Tidak Kompeten, Da’i Syed Tarik Balik Rayuan Tuduhan Rogol

Entertainment
11 Jul 2024 • 10:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Syed Shah Iqmal atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed merupakan seorang personaliti media sosial yang merupakan bekas peserta rancangan realiti dakwah Da’i Pendakwah Milenia.

Pun begitu, Da’i Syed pernah terkait dengan dakwaan kes rogol seorang wanita lima tahun lalu.

Menurut laporan Kosmo!, pempengaruh itu menegsahkan dia telah menarik balik rayuan pertuduhan itu kerana sudah tidak lagi kompeten untuk diteruskan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

“Saya sudah penat dan letih naik turun mahkamah. Memang saya menarik rayuan itu kerana saya sudah lakukan pembelaan. Pada asalnya, saya sudah membuat rayuan, tetapi prosidingnya pada Julai.

Jadi, bila saya sudah membela diri pada Jun, maka rayuan itu sudah tidak kompeten. Maka, saya ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya dan menarik balik rayuan itu.

Saya telah melakukan yang terbaik untuk pembelaan saya pada Jun lalu,” katanya.

Difahamkan, prosedur mahkamah mengenai dua pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas seorang penuntut kolej swasta masih berlangsung dan semuanya dijangka selesai pada penghujung Ogos.

Dalam pada itu, dia berkata meskipun kes mahkamah masih berjalan kehidupannya berjalan seperti biasa dan teruja untuk menimang cahaya mata pertamanya hasil perkahwinan dengan isteri, Hana Ismail.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.