“Saya Suka” – Hanya Pakai Baju Dalam, Ahli ‘Running Man’ Terkejut Lihak Foto Seksi Song Jihyo

EntertainmentLifestyle
19 Jan 2025 • 6:33 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Ahli “Running Man” nyata terkejut melihat penampilan seksi Song Ji-hyo sebagai model untuk jenama pakaian dalamnya Nina.Ssong.

Dalam episod terbaru “Running Man”, Jeon So-min, Choi Daniel, Kim Ha-yoon dan Park Hye-jung telah hadir sebagi tetamu.

Semasa sesi pembukaan, pihak produksi telah mempaparkan foto memberahikan Song Ji-hyo yang hanya berpakaian dalam. Ulas wanita itu yang tertawa melihat reaksi semua,

Saya memakai pakaian dalam, jadi saya ambil gambar secara berani. (Pagi ini) ada beberapa orang yang boleh pandang mata saya.

Yang Se-chan kemudian menjawab sambil menggayakan pose yang sama,

Saya suka. Kakak, saya suka.

Sambut Kim Jong-kook,

Nampak macam CEO sebenar

Untuk makluman, Song Ji-hyo telah melancarkan jenama pakaian dalam pada 29 Disember 2024, sambil mendedahkan foto yang mengejutkan ramai sebagai modelnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.