2,481 penagih dadah dicekup di Kelantan dalam tempoh tiga bulan

20 Oct 2026 • 1:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 2,481 penagih dadah dicekup di Kelantan dalam tempoh tiga bulan

KOTA BHARU – Seramai 2,481 penagih dadah dicekup menerusi pelaksanaan pelan strategik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan yang menetapkan kewajipan kepada 56 ketua balai polis di negeri ini untuk menangkap seorang penagih dadah setiap hari bermula 15 Julai lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihaknya sentiasa menilai prestasi setiap balai selepas tempoh 100 hari pelaksanaan pelan strategi untuk membanteras dadah sebelum mengambil tindakan sewajarnya terhadap balai yang dikenal pasti mempunyai kelemahan.

Katanya, penilaian itu akan dibuat apabila pihaknya memberi ruang kepada semua balai untuk melaksanakan dan menambah baik strategi berkenaan mengikut keperluan kawasan masing-masing.

“Pendekatan itu penting bagi memastikan penugasan dan pelaksanaan strategi membanteras dadah di setiap balai lebih bersesuaian dengan keadaan setempat.

“Terdapat balai polis di Kelantan yang menjaga kira-kira 4,000 penduduk sahaja. Jadi, kita bahagikan tugas mengikut jumlah dan kepadatan penduduk di kawasan di bawah seliaan ketua balai,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, justeru, pihaknya akan menilai prestasi balai polis selepas tempoh tiga bulan atau 100 hari sebelum menentukan tindakan susulan terhadap ketua balai yang dikenal pasti mempunyai masalah dalam pelaksanaan strategi berkenaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, IPK Kelantan menetapkan kewajipan kepada 56 ketua balai polis di negeri ini untuk menangkap seorang penagih dadah setiap hari bermula 15 Julai lalu.

Mohd. Yusoff berkata, ketetapan itu dibuat berikutan balai polis mempunyai sektor-sektor tertentu yang dekat dengan masyarakat sekali gus memudahkan proses tangkapan ke atas individu yang terjebak dadah. – KOSMO! ONLINE

The post 2,481 penagih dadah dicekup di Kelantan dalam tempoh tiga bulan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved