“Saya Tak Marah Orang Jodohkan Saya Dengan Siti Jamumall” – Iqbal Zulkefli

EntertainmentLifestyle
23 Jun 2025 • 11:09 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Personaliti media sosial serta usahawan sensasi dikenali ramai iaitu Iqbal Zulkefli tidak marah warganet cuba untuk menjodohkan dirinya bersama pempengaruh, Siti Jamumall.

Hormat status Siti Jamumall

Dapat dilihat dalam hantaran di TikTok, Iqbal bagaimanapun menegaskan bahawa dia tetap menghormati status Jamumall yang kini masih di dalam iddah serta berharap dia dapat kembali bersatu dengan suami, Aiman Tak Kesah.

Saya tak marah orang jodohkan saya dengan Siti, cuma keadaan sekarang ini Siti masih dalam iddah dan saya perlu jaga banyak batas. Orang jodohkan kami itu, bukanlah satu benda yang tak baik. Apakan daya, tidak mungkin saya perlu marah-marah kerana itu bukanlah doa yang negatif.

Dalam pada masa yang sama, Iqbal bersyukur usahanya untuk membantu pempengaruh tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang gimik murahan.

Saya akui sekarang ini saya seolah-olah menumpang Siti, tetapi kita buat semua ini tanpa drama atau gimik.

Netizen kagum dengan Iqbal

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan sikap usahawan itu yang kelihatan matang dengan memahami keadaan Siti Jamumall sekarang ini.

image is not available

image is not available 3 days ago

Teman Siti Jamumall 'Check Up' Kandungan, Netizen Puji Sikap Matang Iqbal Zulkefli - "Sesuai Sangat Berdua.."