“Saya Tak Nak Dipancing Untuk Londeh Melondeh Aib Semasa Bergelar Suami Isteri” - Kim Seri

26 Apr 2025 • 2:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh media sosial, Kim Seri memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kenyataan seorang wanita dipercayai kakak iparnya yang mendakwa bekas suami Kim Seri kini menanggung akibat atas jenayah yang dilakukan semasa mereka masih bergelar suami isteri.
 

Enggan aibkan bekas suami

image is not available



Enggan memanjangkan sengketa, Seri memaklumkan dia menyerahkan segalanya kepada polis untuk melakukan siasatan.

“Saya tak nak dipancing untuk londeh melondeh aib semasa bergelar suami isteri macam pasangan bercerai yang lain. 

“Saya sebagai bekas isteri sentiasa doakan urusan kami berdua dipermudahkan. Ya Allah, elakkan aib mengaib sesama sendiri semasa bergelar suami isteri. 


“Dia dipanggil untuk siasatan, biarlah dia buktikan di pihak dia, dan saya pun buktikan segalanya di pihak saya di sini kepada pihak polis. Ke mana duit pergi, ke mana urusan transfer.



“Tuan badan pun cakap macam ni. Jadi cukuplah sampai situ, biarlah selebihnya dia terangkan pada pihak polis. 



“Keluarga, sepupu, sepapat yg duduk jauh tak duduk sekali time kami jadi suami isteri biarlah polis jalankan tugasnya,” jelasnya menerusi Insta Story baru-baru ini.


 

Beri kerjasama lakukan siasatan


Dalam pada itu, Seri yang kini menetap di Korea berkata dia akan memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan dilakukan.

“Saya serahkan segalanya kepada pihak polis untuk siasatan baik di sebelah saya, sebelah dia atau mana-mana. 

“Saya juga dipanggil untuk siasatan di sini & akan memberi kerjasama penuh. Jadi biarlah kami sama-sama terangkan kepada pihak polis dari setiap pihak. 


“Insya-Allah, kalau ex saya tak bersalah dia akan dibebaskan dan segalanya berkaitan pengurusan kedai dan kewangan sama macam yang saya terangkan sebelum ini.



“Biarlah segalanya serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan,” maklumnya.



Terdahulu, nama Kim Seri mencetuskan kontroversi selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang dikelolakan oleh pempengaruh itu. Jumlah kerugian yang dilaporkan mencecah RM500,000.



Susulan dakwaan tersebut, Kim Seri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan membayar semula wang pelanggan selewat-lewatnya pada 1 Februari 2025.



Namun begitu, sebahagian mangsa mendakwa sehingga kini mereka masih belum menerima bayaran balik, manakala Kim Seri pula dilaporkan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki warga Korea Selatan.