“Saya Tak Pernah Ucap Terima Kasih, Tolak 8 Cincin” – Diana Danielle Nafi Terima Barang Kemas Daripada Farid Kamil

Entertainment
31 May 2023 • 11:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Diana Danielle menafikan dakwaan suami, pelakon Farid Kamil yang mengatakan dia telah menerima barang kemas yang diserahkan melalui kedua-dua anak mereka iaitu Muhammad dan Aurora.

Ujar Diana, dia sejujurnya tidak selesa apabila Farid meminta anak lelaki mereka memberikannya barang kemas tersebut dan memilih untuk tidak memberikan sebarang reaksi dan respon.

image is not available

Sumber : Instagram  

Sebenarnya saya tak terima lapan cincin itu. Farid berikan kepada anak lelaki saya dan memintanya untuk menyerahkan kepada saya.

Saya rasa tak selesa dengannya, tapi saya tidak berikan sebarang reaksi terhadap pemberian itu.

Perkara itu didedahkan Diana menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya.

Semalam, Farid dan Diana telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan sebutan kes nusyuz.

Farid yang masih enggan menceraikan isterinya itu turut mendakwa dia ada menyerahkan hadiah berupa enam bentuk cincin dan dua utas rantai kepada Muhammad untuk diberikan kepada Diana.

Pelakon filem Anwar : The Untold Story itu turut memberitahu media bahawa Diana sudah menerima hadiah tersebut dan mengucapkan terima kasih sebagai penghargaan.

image is not available 9 jam lalu

Berkonsepkan Makanan, Pelamin Tunang Shila Amzah Dan Ubai Dikritik Seperti 'Nasi Goreng Cina Tiga Pinggan'

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved