“Saya Tak Reka Cerita Ya Semua” – Anak Bongsu Bonda Rozita Ibrahim Tegas Pertahan Diri

LocalEntertainment
23 Apr 2025 • 12:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bonda rozita

Nampaknya isu panas melibatkan keluarga usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim masih tidak berkesudahan.

Terdahulu, Bonda tampil dengan satu kenyataan menafikan selebriti Rebecca Nur Al Islam telah meminjam wang berjumlah RM1.5juta.

Kenyataan itu bagaimanapun dipadam tidak lama selepas dimuat naik.

Terbaru, anak bongsu Bonda Rozita Ibrahim iaitu Maryam Nur Amani sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik kenyataan di InstaStory.

“Saya tak reka cerita ya semua”

Maryam menegaskan bahawa semua yang dikongsikan adalah benar dan bukan rekaan seperti yang didakwa segelintir pihak.

image is not available

Maryam berkata, dia tidak pernah berbohong dan semua kenyataannya sebelum ini benar. Namun, terpulang kepada orang ramai sama ada mahu mempercayainya atau tidak.

“Wallahi saya tak menipu dalam mana-mana kenyataan saya”

image is not available

Malah, dia turut bersumpah atas nama Tuhan bagi menyatakan ketelusan dirinya.

Kenyataan ini sekaligus memberi bayangan bahawa Maryam masih berdiri teguh dengan apa yang telah diluahkan sebelum ini meskipun berdepan pelbagai tafsiran daripada netizen.

Aliff Syukri pun bersuara

image is not available

image is not available

Walaupun tidak dinyatakan secara spesifik tentang isu apa yang sedang dihadapinya, namun kenyataan itu seolah-olah ditujukan kepada mereka yang menuduhnya memfitnah atau sengaja menimbulkan drama.

Pssttt! Makin panjang nampaknya isu keluarga Bonda ni ye, nasib ada Datuk Aliff Syukri yang kekal steady.

Kredit: Instagram Maryam Nur Amani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.