
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak menyangka isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan meninggal dunia selepas keadaannya dilihat agak sihat pada malam sebelumnya.
Perkara itu diluahkan Dr Mahathir ketika berbual dengan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham di kediaman keluarga di Seri Kembangan.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook Dr Mahathir, beliau dilihat berkongsi mengenai keadaan terakhir isterinya kepada Al-Sultan Abdullah.
“Saya tidak sangka dia meninggal dunia hari ini. Beliau agak sihat malam tadi,” katanya.
Mendengar luahan itu, Al-Sultan Abdullah menenangkan Dr Mahathir dengan menyatakan bahawa Allah lebih menyayangi Allahyarham.
“Allah lebih menyayangi,” titah Baginda.
- ‘Saya tak sangka Hasmah meninggal dunia’ – Tun Mahathir
Bekas tentera jadi warden sepenuh masa semua MRSM mulai 2027
Pertemuan penuh sebak, rakan sedarjah Tun Mahathir hadir beri penghormatan
Dalam pertemuan berkenaan, Dr Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada Al-Sultan Abdullah kerana sudi datang dari Pahang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada isterinya.
Baginda kemudian berpesan kepada bekas Perdana Menteri berusia 101 tahun itu supaya menjaga kesihatan diri selepas kehilangan insan yang menemaninya selama 70 tahun.
“Tun kena jaga diri,” titah Al-Sultan Abdullah.
Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi, Isnin, 28 September, pada usia 100 tahun. Berita pemergiannya disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah sebelum disemadikan menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.
The post ‘Saya tak sangka Hasmah meninggal dunia’ – Tun Mahathir appeared first on The Reporter.






