“Saya Tak Sekat..” – Diana Danielle Dedah Sebab Sudah Setahun Tak Berhubung Dengan Farid Kamil

EntertainmentLifestyle
30 Jul 2025 • 2:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Diana Danielle mendedahkan bahawa dia memilih untuk tidak berhubung dengan bekas suaminya, Farid Kamil, sejak mereka berpisah.

Keputusan itu dibuat bagi mengelakkan timbulnya emosi negatif dan memberi ruang untuk dirinya menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu. Katanya kepada media,

Perceraian ini masih baharu, jadi saya perlukan masa. Fokus saya sekarang adalah anak-anak.

image is not available

Diana menjelaskan, dia lebih selesa jika Farid terus berkomunikasi secara langsung dengan anak-anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora. Katanya, ini bagi mengelakkan sebarang salah faham seolah-olah dia cuba mempengaruhi anak-anak.

Dia boleh terus tanya anak-anak kalau nak buat sesuatu bersama. Saya tak pernah sekat masa perjumpaan.

Menyentuh isu kenyataannya dalam podcast, Diana menjelaskan dia hanya berkongsi kisah hidup sebagai anak seni. Dia tidak berniat untuk membuka semula kenangan, sebaliknya mahu terus melangkah ke hadapan.

image is not available 2025-07-29 14:12:31

Hubungi Anak Sahaja, Farid Kamil Dah Setahun Tak 'Contact' Dengan Diana Danielle