'Saya tiada kaitan dengan kontrak syarikat adik' - Azam Baki

LocalPolitics
21 Jul 2026 • 2:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Saya tiada kaitan dengan kontrak syarikat adik' - Azam Baki
Azam Baki

SHAH ALAM - Tan Sri Azam Baki menegaskan beliau tidak mempunyai kaitan dengan penganugerahan kontrak bernilai RM178.29 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan adiknya, Datuk Nasir Baki.

Menurut Azam, beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara tersebut.

"Itu urusan perniagaannya. Jadi, adakah ini bermaksud sesiapa yang mempunyai kaitan dengan saya akan dipersoalkan?

"Saya sudah bersara dan terpulang kepada kementerian untuk menganugerahkan projek itu kepada syarikatnya," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Azam berkata demikian ketika mengulas laporan The Edge Malaysia yang mendakwa Integriti Padu Sdn Bhd memperoleh kontrak selama enam tahun bagi membangunkan dan mengendalikan sistem Road Charge dan Vehicle Entry Permit (RC/VEP) di sempadan Malaysia-Singapura.

Azam yang bersara sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 12 Mei lalu turut mempertahankan keluarganya dengan menyatakan mereka tidak seharusnya menjadi sasaran hanya kerana mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.

"Keluarga saya semuanya baik. Saya juga mempunyai seorang adik perempuan yang merupakan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) yang terkenal di negara ini.

"Adakah ini bermaksud dia juga akan menjadi perhatian?" ujarnya.

Menurut laporan The Edge, Kementerian Pengangkutan menganugerahkan kontrak bernilai RM178.29 juta itu kepada syarikat terbabit pada 26 Mei selepas proses permintaan cadangan (RFP) yang dikeluarkan pada Jun tahun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved