Seat Konsert Kena Rembat Individu Tak Bertanggungjawab, Misha Omar Luah Rasa Kesal - “Minta Maaf Pun Tidak”

27 Jan 2025 • 12:06 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Misha Omar meluahkan rasa berang selepas tempat duduknya di Konsert Aura Ernie Zakri baru-baru ini diambil oleh individidu yang tidak bertanggungjawab.

 

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Misha atau Samihah @ Aishah Omar, 43, berkata dia terpaksa berdiri sepanjang lima lagu gara-gara individu tersebut.

 

“Saya baru pulang dari konsert Ernie Zakri. Yang saya nak cerita sekarang, kita semua beli tiket masing-masing. Jadi, duduklah tempat sendiri. Awak tahu tak, sebab awak duduk tempat saya..saya kena berdiri hampir lima lagu. 

 

“Krew terpaksa kena sahkan tiket awak. itu sebenarnya tempat saya bukan awak. Saya kasihan krew yang bekerja pada ketika itu,” ujarnya. 

 

Malah, kata Misha apa yang lebih mengecewakan lagi apabila individu tersebut hanya berlalu pergi tanpa memohon maaf kepadanya. 

 

“Awak duduk tanpa rasa dosa, awak berlalu pergi dengan senyuman tanpa minta maaf pun tidak.

 

“Terima kasih kepada krew tersebut sebab dapat selesaikan masalah dengan cepat,” katanya lagi. 

 


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved