“Sebab Tu Kot Jisoo Minta Putus” – Raut Wajah Yoona Jadi Perhatian, Sikap Ahn Bohyun Ini Dikecam Netizen

EntertainmentLifestyle
11 Jul 2025 • 11:29 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Setelah lama menanti, filem Ahn Bo-hyun dan Yoon-a akhirnya akan menemui penonton tak lama lagi!

Baru-baru ini, Ahn Bo-hyun, Yoon-a, Joo Hyun-young dan ramai lagi telah menghadiri sidang media untuk filem terbaru mereka “Pretty Crazy”, yang telah dijadualkan untuk tayangan pada 13 Ogos nanti.

Selepas selesai sidang media, mereka bertiga juga sempat menyapa peminat menerusi Instagram Live, bagi mempromosikan dan menceritakan lebih lanjut lagi mengenai naskhah berkenaan.

Namun, satu klip pendek telah tular dengan lebih 500 ribu tontonan setakat ini di laman X, di mana Yoon-a nampak tak selesa apabila Ahn Bo-hyun terlampau dekat dengannya, ketika lelaki itu cuba membaca komen peminat menerusi telefon yang berada di hadapan Yoon-a.

Melihat komen netizen, ramai yang mengkritik Ahn Bo-hyun kerana tidak menghormati ruang peribadi Yoon-a tambahan pula, mereka sedang dirakam.

Bagaimanapun, ada juga yang tampil mempertahankan lelaki itu dan menjelaskan mungkin dia rabun justeru, harus membaca komen dengan jarak yang lebih dekat. Antara komen yang ditulis,

  • Yoon-a nampak sangat tak selesa.
  • Saya rasa Ahn Bo-hyun tak nampak komen sebab tu dia pergi dekat sikit ke arah telefon.
  • Kalau diorang rapat, Yoon-a mesti takkan buat muka macam tu.
  • Sebab tu kot Ji-soo putus dengan dia.
  • Jangalah fikir lebih-lebih, dia nak baca komen je.

Hmm apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.