'Sebagai bapa, saya maafkan guru berkenaan, selebihnya serah pada polis'

13 Apr 2026 • 3:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Azaudin (kanan) memaafkan guru berkenaan dan selebihnya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan lanjut.

KOTA BHARU - Bapa kepada Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, yang maut dirempuh oleh guru semasa memakai kasut di depan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini pada Ahad iaitu Mohd Azaudin Abdullah, 43, memaafkan wanita terbabit.

Bapa kepada empat orang anak itu bagaimanapun memberitahu, selebihnya dia menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Sebagai bapa, saya maafkan guru berkenaan.

"Saya juga reda dengan takdir yang menimpa anak saya," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Menurut Mohd Azaudin, semasa di lokasi kejadian, dia ada bertanya siapa yang melanggar anaknya itu.

Ujarnya, guru berkenaan mengaku bahawa dia yang melanggar Nur Fatimatul Hawa.

"Saya hanya berdiam diri," katanya.

Sebelum itu Sinar Harian pada Isnin melaporkan guru yang dipercayai melanggar seorang pelajar Tingkatan Satu sehingga maut di hadapan surau SMK Tanjong Mas di sini pada Ahad direman selama dua hari.

Perintahan tahanan reman ke atas wanita berusia 57 tahun itu bermula pada Isnin dan dikeluarkan oleh Majistret Wan Mohd I'zzat Wan Abdullah.

Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved