Sebak, Ayah Catat Setiap Kenangan Sejak Anak Lahir Dalam Diari

18 May 2024 • 10:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Sebak, Ayah Catat Setiap Kenangan Sejak Anak Lahir Dalam Diari

Lelaki bergelar ‘Ayah’ merupakan seorang insan yang begitu bermakna dalam kehidupan kita, bermula dari saat kita dilahirkan sehinggalah kita menghembuskan nafas terakhir nanti.

Karakter sang ayah biasanya digambarkan sebagai seorang tegas, lebih banyak berdiam, jarang memujuk dan tidak pandai menunjukkan kasih-sayang kepada anak-anak.

Mungkin perkataan ‘sayang’ jarang diungkapkan tetapi kehadiran anak merupakan hadiah untuk ayah yang paling bermakna.

“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa”

image is not available

Seorang lelaki, @ismiifurqan di TikTok baru-baru ini berkongsi kisah yang sangat istimewa dan mampu menyentuh hati sesiapa sahaja.

Dalam video yang dimuat naik pemuda itu, dia berkongsi beberapa catatan diari milik ayahnya yang mencatat setiap kenangan ketika membesarkan @ismiifurqan sejak dari awal kelahirannya.

Sempurna, ayah catat semua kenangan sejak anak dilahirkan dalam diari

Menurut @ismiifurqan, ayahnya mula merekodkan semua kenangan itu bermula pada Februari 2006 ketika dia dilahirkan ke muka Bumi ini.

image is not available

“Abah dan ibu adalah orang pertama sekali melihat wajah Naufal pada 02.02.2006,” kata si ayah.

Antara memori yang dibukukan dalam diari tersebut saat si ayah menatap wajah @ismiifurqan buat kali pertama serta detik-detik pemuda itu mula pandai melambai tangan.

image is not available

Selain itu, isi kandungan diari itu juga banyak merekodkan pengalaman pertama si anak dalam menjalani kehidupannya di dunia.

Tarikh-tarikh bermakna seperti sambutan hari jadi pertama, kenduri doa selamat buat anak, kereta pertama yang dinaiki pemuda itu dan banyak lagi semua dicatatkan dengan sempurna.

image is not available

Selain itu, si ayah turut menulis kenangan apabila pertama kali anaknya membeli-belah bagi persiapan hari raya ketika Ramadan ke-22.

“Pertama kali Naufal dibayarkan zakat fitrah oleh Abah pada 20.10.2006, Ramadan ke-27,” tambah si ayah lagi.

Menurut @ismiifurqan lagi, bapanya turut menulis kenangan pertama kali apabila dia mula bergaul dengan rakan-rakan kerja di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 15 November 2006.

Gambar-gambar diari berkenaan mendapat 300 lebih ribu tontonan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya berasa sebak dan memuji cara si ayah menyimpan kenangan seperti ini supaya dapat dibaca oleh generasi seterusnya.

image is not available

“Ayah yang sangat menghargai momen dengan anaknya,” komen seorang wargamaya.

“Mak aku pun ada buat. 4 orang anak, dia buat untuk setiap orang,” komen seorang wargamaya.