Aliff Syukri Syukur, Ammar Ahyan Raih Hampir RM10,000 Untuk Empat Job - “Ini Kerja Pertama Yang Anak Saya Dapat”

25 Jul 2025 • 3:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan anak sulungnya, Ammar Ahyan telah menerima beberapa tawaran untuk membuat ulasan berbayar (paid review).
 

Berjaya raih hampir RM10,000 untuk empat tawaran

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Aliff berkata ini merupakan kali pertama Ammar menerima tawaran kerja seperti itu dan berjaya meraih hampir RM10,000 untuk empat tawaran.

“Ini kerja pertama yang anak saya dapat. Alhamdulillah, papa promote Ammayan, dah dapat tiga job dah. Dia dapat bayaran untuk empat job cecah RM10,000,” ujarnya.

 

Dalam video yang sama, Aliff turut dilihat memberi bimbingan kepada Ammar dalam menyampaikan ulasan produk untuk menarik minat penonton.

“Kita buat review dulu ya, Ammar dapat job,” katanya.

 

 

 

Sebelum ini, Ammar mendapat perhatian netizen kerana perwatakannya yang bersahaja selain menyukai reaksi jujur anaknya ketika sesi siaran langsung menjual jeruk mangga.

@aiminohh2 Berkat papa paksa anak buat live, skang ammar dah dapat job review boleh buat duit sendiri untuk masuk u nnti #aliffsyukri #datoaliffsyukri #ammarahyan #dherbs #datinshahidadherbs #fyp #fypシ #foryoupage #masukberandafyp #papalaris ♬ Slow and comical BGM(1083863) - Blanket