Sebuah Unit Kondominium Di Mont Kiara Terbakar Libatkan Seorang Mangsa

11 Dec 2025 • 12:54 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sebuah Unit Kondominium Di Mont Kiara Terbakar Libatkan Seorang Mangsa

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Sebuah unit rumah di tingkat 27 sebuah kondominum dekat sini, terbakar dalam kejadian malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 8.46 malam yang dipercayai turut melibatkan seorang mangsa.

“Setakat ini api sudah berjaya dikawal dan anggota bomba masih berada di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hartamas dengan bantuan BBP Sentul, Titiwangsa, Taman Tun Dr Ismail dan Manjalara dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sumber: BERNAMA

The post Sebuah Unit Kondominium Di Mont Kiara Terbakar Libatkan Seorang Mangsa appeared first on Siakap Keli.