Sebut batik Malaysia, Aisha Retno diserang netizen jiran sebelah -“Batik dari Indonesia!”

LocalEntertainment
20 Nov 2025 • 7:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Aisha Retno berdepan kecaman netizen Indonesia selepas menghadiahkan kain batik Malaysia kepada dua bintang Hollywood, Ariana Grande dan Cynthia Erivo pada tayangan perdana Wicked: For Good di Singapura, baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik Aisha, beliau dilihat memperkenalkan kain batik Malaysia kepada kedua-dua selebriti berkenaan, namun tindakan itu menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen seberang.

image is not available

Aisha Retno diserang netizen jiran sebelah

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai pengguna Indonesia mempertikaikan istilah yang digunakan Aisha, selain mendakwa batik berasal dari negara mereka.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Pada masa sama, terdapat pengguna Malaysia yang meluahkan rasa sedih dengan pertikaian yang tercetus.

“Am I the only one yang sedih tengok komen? Teringat time Malaysia tolong diorang haritu… just disebabkan satu salah faham semua nak bergaduh? Memang… bangsa dorang tak kenang budi haha,” kata seorang pengguna.

image is not available

Artikel lain: Nasha Aziz dipuji santuni warga emas, bantu kutip barang terpakai

Susulan itu, Aisha tampil memberikan penjelasan bagi mengelakkan kekeliruan berhubung perkara tersebut.

Sudah tentu, tak dinafikan saya sangat cintakan batik Indonesia kerana ibu saya memang berasal dari Indonesia.
“Tapi sebab saya mewakili Malaysia, saya pilih untuk beli dan beri batik tenunan atau cantingan yang memang berasal dari Malaysia, seperti yang boleh dilihat dalam video. Harap penjelasan ini meleraikan salah faham.
“Dan tiada langsung niat untuk mengaku semua jenis batik adalah dari Malaysia. Saya hanya maksudkan batik yang saya berikan dalam video itu,” katanya.

image is not availableimage is not available

Aisha berkata, beliau turut menghargai keunikan batik dari pelbagai negara.

Sebelum ini, Aisha berkongsi keterujaannya dapat bertemu Ariana Grande dan Cynthia Erivo selain berpeluang menyanyi bersama kedua-duanya pada sesi pertemuan tersebut.

@aisharett

crying crying crying.image is not available Representing Malaysia for the wicked premiere,i love u ari,i love u cynthia.I indeed have been changed for good bcs of these two. #wickedmovie

♬ original sound - Aisharetno - Aisharetno

Aisha turut menyerahkan kain batik Malaysia sebagai usaha memperkenalkan seni budaya tempatan kepada selebriti antarabangsa.

Untuk rekod, Aisha merupakan penyumbang suara (dubber) watak Glinda dalam versi alih suara Bahasa Melayu bagi filem Wicked.

Sumber: IG Aisha Retno, TikTok