Sedang ‘Hiking’ Di Bukit Gambir, Wanita Berusia 58 Tahun Maut Disengat Tebuan

Entertainment
17 Nov 2023 • 12:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tebuan merupakan sejenis serangga boleh terbang yang mempunyai sengat yang menyakitkan, ada beberapa spesisnya yang boleh menyebabkan kematian.

Seorang wanita berusia 58 tahun maut didakwa berpunca daripada serangga penyengat tersebut, kejadian itu berlaku semalam ketika dia sedang beriadah di Bukit Gambir, Pulau Pinang.

Menurut laporan Berita Harian, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt V Saravanan berkata dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

image is not available
Gambar hiasan

“Pihak polis menerima laporan daripada seorang doktor di HPP memaklumkan seorang wanita meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan ketika mendaki di kawasan Bukit Gambir di sini.

Proses bedah siasat akan dijalankan esok bagi mengetahui punca sebenar kematian wanita itu,” katanya.

Difahamkan, video wanita berkenaan diberikan bantuan pernafasan (CPR) oleh beberapa individu tular di media sosial, mangsa dipercayai disengat tebuan ketika mendaki di kawasan Bukit Gambir sebelum rebah dan diselamatkan oleh petugas kecemasan.

Sebagai info, pada bulan Julai lalu seorang juruteknik pencawang telekomunikasi maut disebabkan sengatan tebuan ketika sedang bekerja.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.