“Sedap Do-Oh”- Mat Salleh Suka Makan Nasi Kerabu Lepas Cuba Pertama Kali [Video]

LocalFood
22 Aug 2025 • 10:44 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu


Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai budaya dan kepelbagaian etnik.

Malah setiap negeri di Malaysia ini mempunyai keunikan budaya tersendiri khususnya dari segi makanan.

Jika ke Pantai Timur memang tak sah jika tidak mencuba makanan tradisi mereka seperti laksam, nasi kerabu, nasi dagang dan banyak lagi.

Mat Salleh pertama kali cuba makan nasi kerabu

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Australia turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba makan nasi kerabu yang dibeli dari sebuah kedai untuk sarapan pagi.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Justyn Ali di TikTok, awalnya kelihatan dia berkunjung ke sebuah kedai makan, Kedai Cik Ma untuk membeli laksam dan nasi kerabu.

“Kita beli laksam lagi sebab saya suka sangat dan nasi kerabu, nampak sedap untuk sarapan pagi,” katanya sewaktu berada di kedai berkenaan.

Pulang sahaja ke rumah, nasi kerabu yang dibeli sudah siap diletakkan di atas pinggan untuk dijamahnya.

Turut fasih berbahasa Melayu

Justyn yang turut fasih berbahasa Melayu memaklumkan itu adalah pertama kali dia ingin mencuba makan nasi kerabu.

“Saya tak pernah makan nasi kerabu, tak pernah. Jadi tak sabar nak makan ini. Ada ayam madu, nasi, sambal, budu, telur dan ulam sayur. Ya nampak sedap,” jelasnya.

Sifatkan nasi kerabu yang dicuba pertama kali sangat sedap

Sebaik sahaja memasukkan suapan pertama ke dalam mulut, Justyn menunjukkan tanda isyarat sedap.

“Sedap, sedap do-oh. Suka, suka sangat. Ayam ini sedap. Jadi isteri saya beritahu, ini cara untuk makan nasi kerabu gaul macam ni, dan selepas ni makan lebih baik (sedap).”

Malah dia turut mengakui nasi kerabu itu menjadi lebih enak sekiranya dimakan dengan cara begitu.

Ujar Justyn di ruangan kapsyen, dia akan merindui makanan seperti itu apabila pulang ke Australia nanti.

Sebagai makluman, Justyn telah berkahwin dengan seorang wanita warganegara Malaysia yang berasal dari Terengganu.

Malah ketika majlis perkahwinan mereka, ia mendapat perhatian kerana ramai memuji baju pengantin perempuan begitu sopan serta para keluarga yang turut memakai baju tradisional seperti baju Melayu dan baju Kurung.

@justyn.ali

Pertama kali saya makan nasi kerabu, suka! Saya akan rindu makanan macam ni bila saya balik ke Australia. #nasi #ayam #malaysia

♬ original sound – Justyn Ali

Ramai kagum dan suka lihat Justyn makan nasi kerabu

Melihat di ruangan komen ramai yang teruja melihat Justyn mengemari makanan tradisi tersebut.

Malah ada juga yang kagum kerana dia fasih berbahasa Melayu.

Tak kurang juga ada yang mengatakan sekiranya mereka duduk di kawasan Sydney atau Melbourne ia adalah mudah untuk menjumpai nasi kerabu atau makanan tempatan yang dijual oleh orang Malaysia.

“Pandai cakap Melayu, kakak kasi 87% nada bunyi dan loratnya okay, belajar lagi Bahasa Melayu ya..”

image is not available

“Nasi kerabu terengganu memang sedap warna biru. Nasi kerabu Kelantan warna putih”

image is not available

“Cuba nasi kerabu Kak Yah dekat bandar Dungun sebelum Petronas. Bagi saya situ paling sedap”

image is not available